KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan peningkatan manakala di Pahang kekal dan di Sabah mencatatkan penurunan dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pagi ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat sedikit kepada 2,757 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 2,564 orang pada 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan satu lagi PPS dibuka di Daerah Mersing manakala satu ditutup, menjadikan keseluruhan 31 PPS beroperasi setakat ini.
Batu Pahat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 946 orang, diikuti Mersing (829), Kota Tinggi (453), Kluang (422), Segamat (92) dan Tangkak (15), menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Sungai Endau di Mersing direkodkan masih melepasi tahap bahaya dengan bacaan 2.9 meter (m).
Di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri itu menurun dengan 1,211 orang daripada 471 keluarga di empat PPS pagi ini, berbanding 1,419 orang daripada 585 malam tadi.
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua PPS iaitu Dewan Kampung Kabatan dan Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau di Pitas telah ditutup.
Menurut kenyataan itu, mangsa di Pitas seramai 1,152 orang daripada 450 keluarga dipindahkan ke dua PPS, diikuti Lahad Datu 46 orang (12 keluarga) di satu PPS, dan di Paitan seramai 13 orang (sembilan keluarga) juga di satu PPS.
LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir pagi ini tidak berubah dengan 219 orang daripada 70 keluarga masih berada di tiga PPS di Rompin.
Sekretariat JPBN melaporkan PPS Kampung Setajam menempatkan 171 mangsa, PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Denai (27 mangsa) dan PPS Balai Raya Kampung Jawa (21 mangsa).
Paras Sungai Keratong di Rompin terus menunjukkan trend penurunan namun masih melebihi paras bahaya 23m dengan bacaan 23.32m pagi ini, berbanding 23.48m malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Rumah di Kampung Jamari di Mersing yang dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak Sabtu malam, menyebabkan laluan ke kampung itu dilanda banjir ketika tinjauan semalam. --fotoBERNAMA

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Situasi banjir di Batu Pahat semakin baik, mangsa menurun kepada 1,813 orang
Tiga PPS ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir telah surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.

Nadma, KPM kenal pasti lokasi sekolah bina PPS kekal
Nadma dan Kementerian Pendidikan sedang mengenal pasti lokasi pembinaan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di kawasan sekolah yang sesuai.

Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 2,540 orang
Seramai 701 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi ketika ini.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Penjawat awam sertai aktiviti pasca banjir dianggap jalankan tugas rasmi, layak terima elaun
Pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan tugas-tugas pasca banjir dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menerima elaun dan kemudahan yang berkelayakan.

267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih
Kesemua 267 infrastruktur komunikasi di Johor yang terjejas akibat banjir kembali beroperasi hari ini termasuk sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.