Mangsa banjir di Kelantan meningkat, hampir 2,000 orang dipindahkan

Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah yang terkesan telah dibuka. - Gambar fail
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1, 970 orang daripada 794 keluarga, setakat jam 9.56 pagi, pada Ahad.
Bagi menampung jumlah mangsa banjir, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah yang terkesan telah dibuka.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat mencatat jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 812 mangsa daripada 358 keluarga yang kini ditempatkan di empat PPS.
Di Bachok, sebanyak 646 individu daripada 198 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.
Kota Bharu pula mencatat peningkatan jumlah penduduk terjejas dengan 522 individu daripada 242 keluarga kini berlindung di tujuh PPS.
Dalam pada itu, negeri Terengganu mencatat 353 mangsa daripada 82 keluarga dan melibatkan satu daerah negeri itu.
Di Kedah pula sebanyak 3 PPS dibuka bagi menempatkan 36 mangsa daripada 14 keluarga. - Sinar Harian

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

