awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM laksana pelan tindakan komprehensif perkukuh kesiapsiagaan hadapi MTL

Bernama
Bernama
23/11/2025
05:00 MYT
KKM laksana pelan tindakan komprehensif perkukuh kesiapsiagaan hadapi MTL
Pasukan perubatan kecemasan bersedia digerakkan untuk menjalankan penilaian kesihatan dan rawatan di PPS. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Pelan Tindakan Komprehensif untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan awam sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), yang bermula pada 13 Nov lepas dan dijangka berterusan hingga Mac 2026.

Ringkasan AI
  • KKM melaksanakan Pelan Tindakan Komprehensif untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan awam sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) hingga Mac 2026.
  • Pelan tindakan melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk memastikan kesiapsiagaan peringkat kesihatan awam, termasuk kawalan kesihatan awam di pusat pemindahan sementara.
  • Pasukan perubatan kecemasan termasuk MERT dan MHPSS tersedia untuk memberikan rawatan, pemantauan penyakit, dan sokongan psikososial kepada mangsa banjir.

Menurut kenyataan KKM hari ini, pelan tindakan itu digerakkan melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi memastikan kesiapsiagaan pada semua peringkat untuk menjamin perkhidmatan berterusan dan kesediaan bantuan.
KKM memaklumkan pelan tindakan terbabit merangkumi jaminan kesinambungan perkhidmatan, penggerakan pasukan perubatan kecemasan (EMT) dan kawalan kesihatan awam serta pemantauan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut KKM, fasiliti kesihatan primer dan hospital berada pada tahap kesiapsiagaan optimum dengan tenaga kerja, peralatan dan logistik yang mencukupi, serta fasiliti alternatif telah dikenal pasti bagi memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas sekiranya fasiliti utama mengalami gangguan banjir.
Selain itu, KKM menjelaskan semua JKN telah mengemas kini aset, peralatan, kenderaan, dan logistik yang sedia digerakkan pada bila-bila masa dan stok ubat-ubatan di fasiliti kesihatan adalah mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga bulan, dengan bekalan tambahan tersedia daripada pembekal konsesi.
Pasukan perubatan kecemasan juga bersedia digerakkan yang terdiri daripada Pasukan Penilaian Pantas (RAT), Pasukan Tindakan Pantas (RRT), Medical Emergency Response Team (MERT) dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) untuk menjalankan penilaian kesihatan dan rawatan di PPS, pemantauan penyakit, pemeriksaan persekitaran serta memberikan sokongan psikososial kepada mangsa.
Selain itu, KKM memaklumkan semua PPS yang dikenal pasti diperiksa lebih awal bagi menjamin aspek keselamatan, kebersihan dan kesesuaian lokasi sebelum diaktifkan.
Menurut KKM, aktiviti sanitasi di PPS serta latihan simulasi banjir di fasiliti kesihatan telah dilaksanakan untuk memastikan kesiapsiagaan petugas di lapangan berada pada tahap tertinggi.
Dalam masa yang sama, KKM akan meneruskan kerjasama rapat dengan agensi kerajaan lain bagi menyelaras bantuan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.
KKM turut menasihati orang ramai di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa bersedia, berwaspada dan mematuhi arahan pihak berwajib.
Maklumat lanjut tentang langkah pencegahan penyakit semasa banjir boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi dan media sosial KKM.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#monsun timur laut
#banjir
#Pelan Tindakan Komprehensif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan