awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di kluster COVID-19 tidak dibenar pulang sebelum rumah disanitasi

Bernama
Bernama
05/12/2020
20:12 MYT
Mangsa banjir di kluster COVID-19 tidak dibenar pulang sebelum rumah disanitasi
Jalan utama Pasir Puteh - Kota Bharu boleh dilalui kenderaan ringan walaupun ditenggelami banjir antara 0.3 hingga 0.5 meter di Bukit Abal, 3 Dis, 2020. - Gambar fail BERNAMA
PASIR PUTEH:Mangsa banjir dari kawasan kluster COVID-19 yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang sehingga kediaman mereka disanitasi terlebih dahulu.
Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Kamarulzaman Ab Wahab berkata peraturan itu dibuat sebagai langkah keselamatan dan pencegahan untuk memastikan penduduk benar-benar selamat apabila pulang ke rumah dan tidak dijangkiti wabak tersebut.
"Mereka perlu bersabar walaupun pada asasnya kediaman mereka telah selamat diduduki (dari ancaman banjir)," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan PPS di Dewan Kompleks Kamil di sini semalam dan difahamkan kerja-kerja sanitasi tersebut akan dilakukan pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat yang menyatakan satu kluster baharu dikenali Kluster Huma dikesan melibatkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu.
Sehingga Jumaat, seramai 80 individu telah disaring dari kawasan itu yang mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster berkenaan.
Kamarulzaman berkata, empat pusat PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Dewan Kompleks Kamil, SK Bukit Jawa 2 dan SK Changgai ditutup mulai pagi semalam.
Katanya, bagaimanapun, dua PPS iaitu SK Kamil 3 dan SK Wakaf Raja masih kekal beroperasi sebelum kediaman mereka disanitasikan, selain masih dinaiki air.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh Wan Norhayati Wan Husain berkata seramai 167 daripada 219 mereka yang terjejas banjir dari empat PPS berkenaan dibenarkan pulang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kluster
#COVID-19
#PPS
#sanitasi
#Pasir Puteh
#Peraturan
#JBPM
#Kluster Huma
#ujian saringan
#Kamarulzaman Ab Wahab
#keselamatan
#pencegahan
#rumah dinaiki air
#Pegawai Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan