MALAYSIA
Mangsa banjir di Langkawi meningkat kepada 61 orang

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat, terus mencatatkan pertambahan apabila seramai 61 penduduk terpaksa dipindahkan, setakat jam 9 pagi hari ini. - Foto APM
LANGKAWI: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Syifa, Padang Matsirat, terus mencatatkan pertambahan apabila seramai 61 penduduk terpaksa dipindahkan, setakat jam 9 pagi hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Ahmad Shahfikri Darus berkata, pertambahan ini berbanding hanya 49 orang malam tadi.
“Mangsa di PPS ketika ini membabitkan 17 keluarga terdiri 34 lelaki dan 27 wanita.
“Daripada jumlah itu, seramai 27 lelaki dan 22 wanita terdiri mangsa dewasa, manakala tujuh lelaki dan lima perempuan membabitkan kanak-kanak," katanya ketika menerusi kenyataan, hari ini.Ahmad Shahfikri berkata, pertambahan 12 mangsa pada hari ini membabitkan Kampung Bohor Masjid berikutan kediaman mereka dinaiki air susulan hujan berterusan sejak petang Selasa.
Katanya, banjir kali ini membabitkan lima kampung iaitu Kampung Atas, Limbung Putra, Buluh Penyumpit, Bukit Kemboja dan Bohor Masjid.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami