awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak dan Kedah terus berkurangan

Bernama
Bernama
31/10/2025
15:47 MYT
Mangsa banjir di Perak dan Kedah terus berkurangan
Di Kedah, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 329 orang setakat 8 malam, berbanding 470 mangsa pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kedah dan Perak menunjukkan perkembangan lebih baik dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri itu terus berkurangan malam ini.
Di KEDAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 329 orang setakat 8 malam, berbanding 470 mangsa pagi tadi.
Kesemua mangsa dari daerah Pendang itu masih berlindung di tiga PPS iaitu di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh dan SK Tunku Intan Shafinaz.
Satu PPS di daerah Kota Setar iaitu di SK Haji Idris Tajar yang dibuka pada 27 Okt lepas, ditutup sepenuhnya pada 2.30 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara di PERAK, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 124 orang di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung setakat 8 malam ini, berbanding 129 mangsa pagi tadi.
Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa adalah penduduk Kampung Padang Serai yang dilanda banjir.
Dalam perkembangan sama, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan air di kawasan kampung berkenaan masih belum surut sepenuhnya berikutan lebihan air yang mengalir melalui Sungai Rotan, Taiping ke Manjung melebihi kadar normal.
Menurut agensi itu paras air dijangka surut sepenuhnya dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu namun bergantung kepada keadaan cuaca dan kadar aliran dari Sungai Rotan.
Sementara itu, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) paras air di Empangan Ulu Kinta berada pada tahap amaran iaitu 248.06 meter berbanding kadar normal 243.5 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir kedah
#banjir Perak
#PPS
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan