awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak hanya 75 orang di dua PPS

Aida Aziz
Aida Aziz
20/11/2023
02:30 MYT
Mangsa banjir di Perak hanya 75 orang di dua PPS
Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan kenyatan tiada amaran ribut petir hari ini. - Foto APM
IPOH: Cuaca baik beberapa hari di negeri ini memberi impak positif apabila mangsa banjir terus menunjukkan trend menurun dengan hanya 75 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah pada Isnin, terdapat 75 orang daripada 22 keluarga terkesan di daerah Kerian setakat jam 8 pagi ini.
Katanya lagi, PPS itu membabitkan Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.
"Jumlah mangsa di SK Changkat Lobak ialah 18 orang daripada tiga keluarga dan di SK Alor Pongsu pula 57 orang daripada 22 keluarga.
"Hanya satu daerah yang masih terjejas banjir iaitu di Kerian dengan membabitkan Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak, Kampung Beriai, Kampung Selekoh, Kampung Parit Air Hitam 2 dan Kampung Parit Ali Kalang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan kenyatan tiada amaran ribut petir hari ini.
Bagaimanapun, katanya, hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Perak yang membabitkan dua daerah di Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#PPS
#banjir
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan