awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di PPS Changlun meningkat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/09/2023
01:15 MYT
Mangsa banjir di PPS Changlun meningkat
Antara mangsa banjir yang mendaftar dengan anggota pasukan keselamatan sebaik dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah mangsa banjir di Changlun setakat 8 pagi ini berjumlah 61 orang daripada 18 keluarga.
KUBANG PASU: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun meningkat kepada 61 mangsa daripada 18 keluarga.
Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8 pagi hari ini berbanding 21 mangsa daripada enam keluarga pada jam 11 malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan adalah dari Kampung Paya Nangmah dan Kampung Paya Nongmi, di sini.
Beliau berkata, pertambahan jumlah mangsa itu disebabkan paras air yang semakin naik susulan air sungai yang melimpah akibat hujan berterusan jam 8.50 malam tadi.
"Status air kini semakin menaik dan pemantauan sedang dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu di kawasan terjejas.
"Kesemua mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 21 lelaki dewasa, wanita dewasa (18), kanak-kanak (17), warga emas (3) dan bayi (2).
"Mereka dipindahkan sementara di PPS SMK Changlun berikutan paras air yang semakin meningkat dan memasuki rumah mereka," katanya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, 21 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS SMK Changlun yang dibuka jam 6 petang semalam berikutan paras air yang meningkat susulan hujan lebat.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#Changlun Kedah
#Pusat Pemindahan Sementara
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan