SANDAKAN: Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan kepada 599 setakat jam 8 pagi, Rabu.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah berkata, daerah terjejas turut berkurang daripada empat daerah kepada tiga daerah sahaja.
Menurunya, daerah terlibat iaitu Paitan dengan 111 mangsa di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), Lahad Datu seramai 45 orang mangsa, di Telupid seramai 443 orang di sembilan PPS dan semua PPS di Pitas pula sudah ditutup.
“Secara keseluruhan, terdapat 13 buah PPS masih aktif dan membabitkan 183 ketua isi rumah yang terjejas banjir,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Menurunya juga, terdapat daerah terbaru dilaporkan menghadapi kejadian mair melimpah sejak tengah malam tadi, iaitu kawasan Melalap Tenom.
"Air melimpah disebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.
“Bagaimanapun, belum ada PPS diaktifkan atau mangsa yang dipindahkan,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Telupid, Muhammad Nasrul Omar berkata, terdapat sembilan buah kampung yang penduduknya terjejas banjir seterusnya ditempatkan di sembilan PPS.
“Antaranya, Kg Kiabau, Kg Rancangan Nangoh, Kg Bakong-Bakong, Kg Bambangan, Kg Pinunukan, Kg Maau, Kg Gana Jati dan Kg Nangoh.
“Dalam masa sama, setakat jam 11 malam, Selasa, Stesen Siren Trusan Sapi bagi Sungai Labuk masih kekal berada pada paras bahaya iaitu 4.09 meter,” katanya.
Radhi Muslim
Wed Feb 01 2023

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau keadaan air melimpah di kawasan Melalap, Tenom. - Foto APM

Ramadan: Nak perut 'six-pack'? Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan
BULAN yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Mahkamah Rayuan benar kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di Shah Alam.

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Mangsa banjir di Batu Pahat kini 967 orang
JPBN turut memaklumkan pada pagi ini, tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Puluhan ribu penduduk California berdepan bekalan elektrik terputus
Hujan lebat, angin kencang dan ribut salji memburukkan lagi keadaan dengan lebih ramai penduduk tempatan dijangka akan berpindah.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir boleh mohon empat kategori bantuan - Armizan
Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

PMKS Johor digalakkan mohon pembiayaan BRJohorNiaga - Onn Hafiz
Usahawan bagi PMKS di Johor terutama mereka yang terjejas banjir di daerah Batu Pahat dan Segamat digalakkan memohon pembiayaan yang ditawarkan menerusi program BRJohorNiaga.

Situasi banjir di Batu Pahat semakin baik, mangsa menurun kepada 1,813 orang
Tiga PPS ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir telah surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.

Nadma, KPM kenal pasti lokasi sekolah bina PPS kekal
Nadma dan Kementerian Pendidikan sedang mengenal pasti lokasi pembinaan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di kawasan sekolah yang sesuai.

Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 2,540 orang
Seramai 701 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi ketika ini.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.