awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini

Bernama
Bernama
18/01/2025
03:00 MYT
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Di SABAH, dua daerah yang baharu dilanda banjir malam tadi iaitu Pitas dan Paitan menyaksikan jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 862 daripada 282 keluarga berbanding 17 daripada enam keluarga malam tadi di Kota Marudu.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Pitas mencatat angka tertinggi iaitu 784 mangsa daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di daerah terbabit.
Sementara itu, di Paitan seramai 61 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di tiga PPS dan di Kota Marudu kekal 17 mangsa daripada enam keluarga di satu PPS.
"Sebanyak 19 kawasan terlibat banjir di Pitas, tiga di kampung di Paitan dan dua kampung di Kota Marudu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas dan Paitan masing-masing mengeluarkan pengisytiharan bencana banjir.
Pengerusi JPBD Pitas, Asdi@Mohd Faizal Husin berkata, hingga malam tadi jumlah penduduk terlibat banjir di daerah itu dianggarkan seramai 10,000 orang namun operasi menyelamat tertunda berikutan jalan ke kampung terlibat tidak boleh dilalui.
Beliau berkata, sebanyak 16 jalan terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan manakala Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahkan dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Sementara itu, di PAHANG, seramai 32 mangsa banjir di Raub membabitkan 13 keluarga kekal ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai pagi ini.
Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#banjir pahang
#Pusat Pemindahan Sementara
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan