KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak meningkat setakat 8 malam ini manakala Pahang merekodkan penurunan kepada 561 mangsa berbanding 581 orang di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan daerah Temerloh masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 383 orang diikuti Lipis (83 orang), Raub (48), Bera (27) dan Jerantut (20).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 593 orang daripada 151 keluarga berbanding 546 orang daripada 137 keluarga petang tadi.
Sekretariat JBPN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan Dungun menjadi daerah baharu dilanda banjir selain Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman dengan keseluruhannya 10 PPS dibuka.
Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 282 orang yang ditempatkan di tiga PPS manakala 220 lagi di dua PPS di Kuala Nerus.
Di Kuala Terengganu, 48 mangsa ditempatkan di dua PPS diikuti Dungun iaitu 39 orang di dua PPS dan Setiu menyaksikan empat mangsa di satu PPS.
Di KELANTAN, empat PPS di Rantau Panjang, Pasir Mas kini menempatkan 1,049 orang daripada 341 keluarga terjejas membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh (590 orang), SK Gual Periok (282), PPS Putat Tujoh (83) dan SK Kubang Gual (94).
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di PPS di Segamat meningkat kepada 27 orang berbanding 22 pada 12 tengah hari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan mangsa terdiri daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak serta Kampung Batu 5 dan kini ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala banjir dipercayai berlaku susulan limpahan air Sungai Muar.
Data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan bacaan paras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat melepasi paras bahaya dengan bacaan 20 meter manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat berada pada aras amaran iaitu 8.87 meter.
Di PERAK, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan menyaksikan peningkatan mangsa banjir selepas dibuka pada Jumaat.
Menurut Sekretariat JPBN Perak, mangsa banjir meningkat daripada 117 kepada 125 orang melibatkan 29 keluarga dan antara kawasan terlibat ialah Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9 di Changkat Jong dalam daerah Hilir Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Pahang merekodkan penurunan kepada 561 mangsa berbanding 581 orang di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi. - Gambar fail/APM
Istimewanya OKU cacat penglihatan, rezeki dapat tunai haji di usia muda
Muhammad Qayyim memang tidak dapat melihat, tetapi dia terang hati kerana disuluh nur al-Quran.
Ribut, banjir kilat jejas beberapa daerah di Perak
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Simpang 3, Buluh Akar di Parit menyebabkan lima buah keluarga terjejas.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
Cacat penglihatan, Celik Al-Quran dan rezeki ke tanah suci
Tuah dan rezeki insan istimewa OKU cacat penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dapat mengerjakan haji pasa usia muda bersama ibu bapanya.
Dapur kantin sekolah musnah terbakar di Simpang Pulai
Dapur kantin sekolah yang berkeluasan 15 x 15 itu terbakar sebanyak 80 peratus dan tiada mangsa yang terlibat.
PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, pada malam Rabu.
Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, enam stabil
Tiga penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) yang merupakan rakyat Malaysia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada yang berada dalam keadaan kritikal.
PM Anwar tiba di Tokyo
Perdana Menteri yang berada di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei), turut dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida untuk mesyuarat dua hala, dan beliau juga dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan kapten industri tempatan, pelajar dan ahli akademik.
Pengebumian besar-besaran pemimpin Iran
Satu upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa nahas helikopter pada Ahad lepas telah diadakan di ibu kota Iran, Tehran.
Pemimpin UK sambut baik pengumuman pilihan raya lebih awal
Pemimpin parti Liberal Demokrat, Ed Davey menyambut baik keputusan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak yang mengumumkan pilihan raya awal pada Rabu.
Beliau berpendapat pengumuman itu seharusnya dilakukan lebih awal dalam beberapa bulan lalu.
Beliau berpendapat pengumuman itu seharusnya dilakukan lebih awal dalam beberapa bulan lalu.
Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.
Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.
Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.
Banjir di Sabah pulih, mangsa di Paitan dibenarkan pulang
Bencana banjir di Sabah telah pulih dan kumpulan terakhir enam mangsa daripada tiga keluarga di daerah Paitan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi.
JBPM sedia gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa hadapi MTL
JBPM bersedia menggerakkan kira-kira 600 PBBS bagi menyertai 24,000 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dalam operasi ketika musim MTL.
Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir
Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota ATM diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.