awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan tidak berubah pagi ini

Bernama
Bernama
29/11/2023
03:00 MYT
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir mendayung sampan meredah banjir untuk memberi makanan kepada kucing peliharaannya di rumahnya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan dan bilangan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan tidak berubah pagi ini.
Di TERENGGANU, sebanyak 31 mangsa daripada tujuh keluarga kekal berada di dua PPS di dua daerah setakat 8 pagi ini.
Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sejumlah 22 mangsa daripada lima keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di Kuala Terengganu, manakala sembilan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh di Setiu.
Walaupun situasi banjir di negeri itu dilihat hampir pulih, sekretariat jawatankuasa bencana itu mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada kerana hujan masih berterusan di beberapa tempat.
Sementara itu, di KELANTAN, jumlah mangsa banjir tidak berubah iaitu 438 orang daripada 137 keluarga setakat 7.30 pagi ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berlindung di empat PPS, masing-masing dua di jajahan Pasir Mas dan Bachok.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#PPS
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan