KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang terus berkurangan malam ini, melibatkan 44,277 mangsa berbanding 46,053 mangsa petang tadi.
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 43,667 orang setakat 8 malam ini susulan banjir di daerah Kluang telah pulih dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 12,385 keluarga masih ditempatkan di 172 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di lima daerah terjejas akibat bencana itu.
"Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 37,878 orang, diikuti dengan Muar (3,104), Tangkak (1,924), Segamat (706) dan Mersing (55)," menurutnya.
Sebanyak sembilan sungai masih melepasi aras bahaya, antaranya, Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada pada paras 19.73 meter (m); Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) dengan bacaan 4.49m dan Sungai Senggarang di Senggarang (Batu Pahat) dengan bacaan 3.51m.
Cuaca diramalkan cerah di lapan daerah malam ini, kecuali Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka hujan.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 438 orang daripada 115 keluarga pada 8 malam ini berbanding 442 orang daripada 116 keluarga pada 2 petang tadi.
Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat membabitkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga.
"Sebanyak 134 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di SK Parit Penghulu, 57 mangsa daripada 22 keluarga di SK Parit Gantong, 167 mangsa daripada 42 keluarga di SK Batu Gajah dan 55 mangsa daripada 12 keluarga di SK Sungai Rambai," menurut kenyataan itu.
Di Pahang, Sekretariat JPBN Pahang melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin terus menurun malam ini selepas hanya 172 mangsa ditempatkan di dua PPS berbanding 677 orang berada di lima PPS petang tadi.
PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Aur menempatkan 62 mangsa daripada 24 keluarga manakala 110 mangsa daripada 37 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Leban Chondong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 43,667 orang setakat 8 malam ini susulan banjir di daerah Kluang telah pulih. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Tiga PPS dibuka di Melaka tempatkan 122 mangsa setakat 8 pagi
Satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Japerun Ayer Keroh pada 11 malam tadi yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.
Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini
Satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.