awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Melaka terus meningkat

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2017
15:30 MYT
Mangsa banjir Melaka terus meningkat
Mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan termasuk dua yang baru dibuka di tiga daerah di negeri Melaka meningkat kepada 534 sehingga 11 malam ini. -Gambar fail
Mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan termasuk dua yang baru dibuka di tiga daerah di negeri Melaka meningkat kepada 534 sehingga 11 malam ini.
Dua pusat pemindahan yang baru dibuka ialah di Surau Solok Bukit Baru di daerah Melaka Tengah dan Balai Raya Kampung Sungai Jeram di daerah Alor Gajah.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, jumlah itu melibatkan 135 keluarga.
"Sehingga malam ini kita buka lagi dua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir menjadikan keseluruhan tujuh di Melaka Tengah, satu di Alor Gajah, dan satu di Jasin.
"Buat masa ini antara pusat pemindahan dibuka di daerah Melaka tengah menempatkan 255 mangsa di SMK Munsyi Abdullah, 27 mangsa di balairaya Peringgit, 20 mangsa di RTC Paya Ikan, 29 mangsa di Sekolah Agama JAIM Tanjong Minyak, 83 mangsa di Projek Perumahan Krubong, dan 13 mangsa di satu pusat yang dibuka di Surau Solok Bukit Baru," katanya.
Manakala di daerah Jasin, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel semakin bertambah kepada 61 mangsa setakat ini.
Bencana banjir kilat ini juga turut menjejaskan daerah Alor Gajah dengan sebanyak 15 mangsa dipindahkan di Balai Raya Kg Seri Jeram.
Ujar Effendy, kesemua mangsa banjir akan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sehingga keadaan pulih dan keperluan asas termasuk makan minum akan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#Balai Raya Kampung Sungai Jeram
#Effendy Ali
#jkm
#pusat pemindahan
#Surau Solok Bukit Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan