awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir 'termenung' berdepan bau busuk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/01/2022
22:14 MYT
Mangsa banjir 'termenung' berdepan bau busuk
Rumah penduduk yang mengalami masalah air bertakung sejak banjir melanda 18 Disember lepas. - Astro AWANI
RANTAU PANJANG: Air banjir yang bertakung sejak hampir sebulan di beberapa kampung di Rantau Panjang mengundang masalah baharu buat penduduk.
Air bertakung atau banjir 'termenung' itu bertukar warna, berbau kurang enak dan menyebabkan kegatalan apabila terkena kulit.
Norazlina Che Soh, 57, dari Kampung Terusan antara yang berdepan dengan masalah air berbau di perkarangan rumahnya.
"Air tidak boleh pergi ke mana-mana, sekarang menjadi busuk. Air yang naik bari-baru ini air kelapa sawit, buat gatal semua.
"Air berwarna merah dan sangat busuk, naik ke rumah. Ikan pun banyak mati," katanya.
Bagi Jali Abdul Rahman pula, anak-anaknya mengalami kegatalan kulit selepas terkena air tersebut.
"Air bertakung ini berwarna merah dan bau agak masam. Habis semua anak-anak gatal satu badan," katanya.
Mereka berdua antara penduduk yang mengalami masalah air bertakung sejak banjir melanda 18 Disember lepas.
Pascabanjir | Air busuk masalah buat mangsa banjir
Sebelum ini kebanyakan penduduk dari Kampung Terusan, Padang Licin dan Gual Periuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Selepas dibenarkan pulang, penduduk Kampung Terusan ini tidak dapat lagi mengemaskan rumah kerana air yang bertakung itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir temenung
#bau busuk
#gatal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan