awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa buli T. Nhaveen meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2017
10:53 MYT
Mangsa buli T. Nhaveen meninggal dunia
Nhaveen, 18, dikatakan dipukul dengan topi keledar sehingga disahkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. - Gambar fail
Remaja lelaki, T. Nhaveen, mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, Sabtu lalu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, hari ini.
Nhaveen, 18, yang berada dalam keadaan mati otak dan hanya dibantu alat pernafasan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 petang.
Berita kematian Nhaveen disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
BACA: Keluarga kesal remaja dipukul sehingga koma
Setakat ini ,keluarga mangsa masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kematiannya.
Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa serta seorang lagi rakannya, T.Previin, 19, dilapor dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang hingga parah.
Selain mengalami kecederaan parah sehingga disahkan mati otak, Nhaveen turut mengalami kecederaan di bahagian dubur manakala Pareviin mengalami kecederaan di bahagian muka.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan keluar untuk membeli burger berdekatan kawasan rumah, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang memukul mereka menggunakan topi keledar.
Ekoran kejadian itu,polis telah menahan lima suspek berusia 16 hingga 18 tahun untuk membantu siasatan dan mereka mengakui memukul mangsa dalam kejadian terbabit.
Selepas enam hari berada di Unit Rawatan Rapi, Nhaveen meninggal dunia di sisi ahli keluarga.
Topic Berkaitan
#buli
#Hospital
#lelaki
#mangsa
#mati
#meninggal dunia
#polis
#T Nhaveen
#T Previin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan