awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa hanyut di Sungai Sengayan belum ditemui

Bernama
Bernama
18/04/2025
00:20 MYT
Mangsa hanyut di Sungai Sengayan belum ditemui
Usaha mencari Dawellies Luing yang dihanyutkan arus deras semasa cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada malam Ahad lepas masih belum membuahkan hasil. - Foto JBPM Sarawak
SIBU: Usaha mencari Dawellies Luing, 46, yang dihanyutkan arus deras semasa cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada malam Ahad lepas masih belum membuahkan hasil.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi hari ketiga semalam berdepan cabaran termasuk keadaan sungai berbatu serta jeram berbahaya selain cuaca hujan menyebabkan paras air meningkat.
"Operasi hari ini bermula pada jam 9.30 pagi menggunakan kaedah pencarian permukaan di sepanjang laluan sungai dari muara Sungai Sengayan sejauh 21 kilometer ke hilir Sungai Silat dan Batang Baram. Namun, sehingga kini mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan petang semalam.
Operasi tersebut ditangguhkan pada pukul 5 petang dan akan disambung semula pagi ini.
Mangsa yang merupakan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Jekitan dilaporkan berada dalam kenderaan pacuan empat roda bersama isterinya, Litun Ajip, anak perempuan mereka Vallerie Mentie, 9, dan seorang pemandu, ketika cuba menyeberangi sungai tersebut sebelum dihanyutkan.
Litun dan pemandu berkenaan berjaya menyelamatkan diri namun Vallerie ditemukan lemas kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada Isnin.
Jasad kanak-kanak itu dibawa ke kediaman keluarga mereka di Long Tikan sebelum dikebumikan pada Rabu.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), guru-guru dari SK Long Jekitan serta penduduk kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SAR
#Sungai Sengayan
#hanyut
#JBPM Sarawak
#Long Jekitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan