Selepas menempuh perjalanan lebih 28 jam, dua rakyat Malaysia mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terkandas di Peru masing-masing selama 10 dan 12 tahun, selamat tiba di tanah air hari ini.
Ketibaan Noor Suzanna Azmi, 36, dan Noor Azimah Sapie, 38, hasil inisiatif Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut pengerusi biro itu Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah serta anggota keluarga kedua-dua mangsa.
Shamsul Anuar berkata misi selama enam hari BiKUM diketuai Setiausaha Operasinya, Mohd Awie Shoubli Jamal itu turut berjaya membawa pulang anak Noor Azimah, Qistina Maisara Alarcon Sapie, suami Noor Suzanna, Garlin Lever Quispe Sanchez yang juga rakyat Peru serta dua anak mereka, Muhammad Duler Akasyah Salas Azmi dan Garlin Junior Quispe Azmi.
Beliau berkata usaha membawa pulang mangsa keldai dadah itu dimulakan hampir dua tahun lepas selepas mereka menghadiri majlis Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat Malaysia ketika Perdana Menteri menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pacific (APEC) di Lima pada November 2016.
"Proses membawa pulang mereka mengambil masa yang lama kerana sebagai 'pendatang asing' banyak perkara melibatkan dokumen perlu diselesaikan, apatah lagi kedua-dua mereka telah berkahwin dengan orang tempatan dan mempunyai anak.
"Oleh kerana mereka pulang bersama keluarga, kita juga perlu selesaikan dokumentasi ahli keluarga masing-masing bagi membolehkan mereka masuk dan tinggal di negara ini," katanya pada sidang media sejurus ketibaan mereka.
Shamsul Anuar berkata BiKUM mempunyai perancangan khas untuk membawa Nor Suzanna dan Noor Azimah menjelajah ke beberapa lokasi bagi berkongsi pengalaman pahit serta pengajaran dalam usaha memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai modus operandi sindiket serta bahayanya jika terjebak menjadi keldai dadah.
"Selepas kerap berdepan dengan kes sebegini, kami merasakan langkah pencegahan melalui kempen kesedaran perlu diperhebat daripada hanya bertindak selepas insiden tersebut terjadi," katanya dan menambah lebih RM250,000 diperuntukkan bagi membawa pulang kedua-dua mangsa.
Nor Suzanna, yang gembira dapat pulang ke pangkuan keluarga, menyatakan rasa terkilannya kerana tidak mendengar nasihat ibunya agar tidak terpengaruh dengan tawaran melancong ke luar negara sebelum menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Dia dilihat menangis dan meraung sekuat hati sambil memeluk erat ibunya Nor Liana Maarof apabila kembali bertentang mata dengan wanita cekal berusia 58 tahun itu selepas 12 tahun terpisah.
Keadaan bertambah sayu apabila ibunya menyuapkan pulut kuning bersama sambal ikan bilis yang menjadi dambaannya sejak berpisah dengan keluarga tersayang.
Nor Suzanna berkata daripada mengimpikan sesuatu yang indah, kehidupannya bertukar suram, perit dan menyiksakan kerana terpaksa hidup dalam ketakutan di negara orang sepanjang terkandas di Peru.
"Sebab itu saya nasihatkan rakyat Malaysia supaya berwaspada daripada menjadi mangsa sindiket dadah kerana tidak semua tawaran yang mereka sediakan percuma 100 peratus, sebaliknya setiap apa yang diberi, ada balasan yang menanti.
"Perit memanglah perit...sebab itu saya amat berterima kasih kepada BiKUM, Wisma Putra dan kerajaan Malaysia kerana sudi membawa kami pulang semalam ke pangkuan keluarga," katanya.
Bagi Noor Azimah pula, sepanjang 10 tahun di Peru, beliau tidak boleh keluar rumah sesuka hati kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa negara itu.
Dia yang terpedaya dengan tawaran melancong ke luar negara menasihatkan masyarakat Malaysia khususnya wanita supaya lebih berhati-hati apabila ditawarkan dengan pakej sebegitu apatah lagi turut dijanjikan dengan sejumlah wang.
"Saya mahu kongsi bahawa tawaran melancong dan mendapat duit adalah karut kerana kepercayaan itulah yang menyebabkan saya terkandas di Peru dan melalui kehidupan menakutkan setiap hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Rakyat Malaysia yang terkandas di Peru dan dibawa pulang, Nor Suzanna Azmi (kanan) dan Noor Azimah Sapie, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022 - CDC
Hampir 70 peratus daripada jumlah itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.