awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa ketiga wabak rabies meninggal dunia - KP Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2017
07:00 MYT
Mangsa ketiga wabak rabies meninggal dunia - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan, Alicesa Lorenna Nody, 7, menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat jangkitan wabak rabies. - Gambar fail
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan, Alicesa Lorenna Nody, 7, menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat jangkitan wabak rabies di Hospital Umum Sarawak petang tadi.
Beliau berkata kanak-kanak perempuan dari Kampung Lebor, Gedong, Bahagian Serian itu meninggal dunia pada 2.16 petang akibat rabies encephalomyelitis.
"Sehingga hari ini (13 Julai), terdapat empat kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU HUS dan dalam keadaan kritikal.
"Tiada kes baharu rabies dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan dan Jackson Mazlan, meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan selepas digigit anjing, pada bulan lalu.
Sementara itu, mangsa keempat wabak rabies kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian sedang dirawat di PICU HUS.
Dr Noor Hisham berkata Pengesanan Kes Aktif (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Serian.
"Aktiviti ACD telah dilaksanakan di 96 penempatan yang melibatkan 5,663 rumah dan 21,978 penduduk ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.
"Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#anjing gila
#Kanak-kanak
#meninggal dunia
#Noor Hisham Abdullah
#rabbies
#Sarawak
#Serian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan