awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa pemerdagangan manusia di Nepal pulang selepas 12 tahun

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/08/2024
08:30 MYT
Mangsa pemerdagangan manusia di Nepal pulang selepas 12 tahun
Mala Veloo berkata, walaupun meringkuk di penjara selama hampir 10 tahun, harapannya untuk kembali ke pangkuan keluarga tidak pernah luntur. - Foto DSC
SEPANG : Seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Nepal selama 12 tahun akhirnya kembali ke pangkuan keluarga pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Kepulangan Setelah 12 Tahun: Mala Vello, seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Nepal, akhirnya kembali ke Malaysia setelah 12 tahun, termasuk hampir 10 tahun di penjara.2, Sambutan di KLIA: Kepulangan Mala disambut dengan penuh kegembiraan oleh anak perempuannya, R Uma Sangari, Ahli Dewan Negara Datuk Sivaraj Chandran, dan pegawai Kementerian Luar di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
  • Pengajaran dan Peringatan: Kes Mala menjadi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya. Datuk Sivaraj Chandran mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu, termasuk Kementerian Luar dan NGO, dalam usaha membawa Mala pulang ke tanah air.

Pesawat yang dinaiki Mala Vello, dari Kathmandu, Nepal mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.48 pagi.
Kepulangan wanita berusia 57 tahun itu disambut anak perempuannya, R Uma Sangari, 37; Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran dan pegawai Kementerian Luar.
 Kepulangan wanita itu disambut anak perempuannya, R Uma Sangari; Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran dan pegawai Kementerian Luar. - Foto Astro AWANI
Kepulangan wanita itu disambut anak perempuannya, R Uma Sangari; Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran dan pegawai Kementerian Luar. - Foto Astro AWANI
Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar di wajah Mala sejurus melihat ahli keluarganya di KLIA.
Suaranya serak dan penuh emosi ketika dia menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat kembali ke tanah air dan bertemu semula dengan orang tersayang.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak terutama yang membantu untuk membawa saya pulang ke Malaysia," katanya di sini, pada Jumaat.
Menurut Mala, walaupun meringkuk di penjara selama hampir 10 tahun, harapannya untuk kembali ke pangkuan keluarga tidak pernah luntur.
 Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar di wajah Mala sejurus melihat ahli keluarganya di KLIA - Foto Astro AWANI
Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar di wajah Mala sejurus melihat ahli keluarganya di KLIA - Foto Astro AWANI
Mala ke Nepal setelah terpedaya suaminya, seorang warga Nepal yang menjanjikan 'bulan dan bintang', 12 tahun lalu.
Namun dia menyedari dirinya tertipu dan segala impiannya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia dieksploitasi menjadi buruh paksa selain pasportnya dirampas.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, apabila perkara itu dilaporkan kepada pihak penguat kuasa, dia dipenjarakan atas kesalahan imigresen kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Sementara itu, Sivaraj ketika ditemui mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan kes Mala itu seharusnya menjadi satu peringatan kepada semua.
"Mala telah menanggung penderitaan selama 12 tahun termasuk 10 tahun di penjara. Nasib menyebelahi dia kerana dia bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perkara itu sampai ke pengetahuan saya serta kerajaan," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar, Project Liber8, dan Maiti yang telah membantu membawa wanita itu pulang.
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#rakyat Malaysia
#Imigresen
#Kementerian Luar
#pemerdagangan manusia di Nepal
#Mala Vello
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan