IPOH: Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa semua mangsa ribut dan puting beliung akan menerima wang ihsan RM300 dan bantuan kerja membaik pulih rumah.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan juga akan ditambah sekiranya tidak mencukupi, susulan terdapat mangsa yang mendakwa tidak menerima bantuan RM300 itu.
"Semasa mengumumkan bantuan itu saya menyebut sebanyak 219 buah rumah terkesan jadi saya memberitahu pegawai daerah untuk memberikan wang yang secukupnya pada hari berkenaan tetapi kemungkinan angka itu bertambah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.
Isnin lepas, Saarani ketika melawat lokasi kejadian mengumumkan mangsa yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian tersebut, iaitu di Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini, akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300.
Bantuan itu terdiri daripada wang ihsan kerajaan negeri sebanyak RM300 yang diberikan pada hari lawatan Saarani serta wang ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan yang akan diserahkan dalam masa terdekat.
Menurut Saarani, kontraktor juga akan dilantik segera untuk membaiki rumah, terutama atap yang diterbangkan angin, bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku sekiranya hujan.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang Ahad lepas, ribut dan puting beliung menyebabkan kerosakan di empat kawasan berkenaan, selain tiang elektrik dan kira-kira 100 pokok tumbang, bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri akan mengadakan Hari Bersama Pelabur sebulan sekali sebagai sebahagian langkah membina semula ekonomi negeri.
"Saya yakin inisiatif ini bukan sahaja mampu menemukan kita dengan pelabur-pelabur yang berpotensi dan berkualiti, tetapi dapat menyediakan maklumat yang komprehensif, memberi khidmat nasihat serta bantuan kepada para pelabur yang ingin membuat pelaburan dan membuka operasi perniagaan di Perak," katanya.
Katanya, peranan InvestPerak sebagai pusat pelaburan juga akan diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti promosi seperti pendigitalan 'No Objection Letter' (E-NOL) serta tawaran insentif prapakej Silver Valley bagi projek-projek berimpak tinggi, selain memudah cara dan mewujudkan suasana lebih kondusif untuk pelabur.
Sehubungan itu, Saarani berkata beliau telah meminta pihak InvestPerak supaya menjalin kerjasama lebih erat dengan agensi seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk memastikan negeri ini terus menjadi destinasi pelaburan.
Katanya, tumpuan akan diberikan kepada sektor yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global seperti penghasilan produk sarung tangan, produk kesihatan, kelengkapan perubatan, automotif serta produk elektronik.
Pada masa sama, Saarani berkata kerajaan negeri melalui pelbagai agensi termasuk Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak (SteP) dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan melipatgandakan usaha membantu golongan usahawan dalam menyediakan peluang serta tenaga kerja mahir yang diperlukan industri.
Tambahnya, kerajaan negeri juga komited untuk memantapkan perkhidmatan dan infrastruktur digital, bukan sahaja pendigitalan menyeluruh sistem penyampaian awam, tetapi juga bagi mencetuskan lebih banyak kolaborasi dan inovasi untuk memacu ekonomi digital di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Menurut Saarani, kontraktor juga akan dilantik segera untuk membaiki rumah, terutama atap yang diterbangkan angin, bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku sekiranya hujan. - Astro AWANI
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
"Rasa macam kuda lari atas rumah" - Mangsa ribut Klebang Jaya
Ribut dan angin kuat yang berlangsung kira-kira 20 minit itu turut menerbangkan bumbung rumah jiran dan menarik tiang serta wayar elektrik di kawasan tersebut.
Agong berkenan santuni mangsa ribut, kurnia sumbangan kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyantuni dan meninjau kerja baik pulih rumah seorang mangsa ribut di Kampung Rantau Panjang Rompin.
Johor peruntuk hampir RM1 juta beri bantuan mangsa ribut Kampung Melayu Majidee
Setiap keluarga mendapat bantuan awal sebanyak RM3,000 yang disampaikan di Dewan Kampung Melayu Majidee hari ini.
Mangsa ribut, puting beliung tidak akan terlepas bantuan kerajaan negeri - MB
Peruntukan juga akan ditambah sekiranya tidak mencukupi, susulan terdapat mangsa yang mendakwa tidak menerima bantuan RM300 itu.
Polis terima 305 laporan mangsa ribut dan puting beliung di Ipoh
Setakat ini, tiada kecurian harta benda dilaporkan dan pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan melakukan rondaan.
Mangsa ribut terima bantuan kecemasan RM300 dari kerajaan Perak
Kerajaan negeri juga sudah mengenal pasti kontraktor yang berkelayakan untuk membaik pulih rumah penduduk terjejas.
Jumlah meningkat, 1,358 buah rumah musnah akibat ribut - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata jumlah rumah mangsa yang rosak akibat ribut Taufan Lekima pada Jumaat meningkat sehingga 1,358 seluruh negeri itu.