awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto BN bukan kejar undi - Najib

Bernama
Bernama
07/04/2018
23:50 MYT
Manifesto BN bukan kejar undi - Najib
Pelancaran manifesto BN di Bukit Jalil malam tadi. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan bertujuan mengejar undi tetapi mementingkan rakyat dan negara, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata manifesto itu juga bukan untuk menabur gula-gula, harapan palsu dan janji populis.
"Sebaliknya, Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dan meletakkan kepentingan negara sebagai asas utama," kata Najib yang juga Perdana Menteri dalam catatan terbaharu blog beliau, malam ini.
Najib juga menegaskan segala yang disenaraikan itu mampu dicapai, boleh dilaksanakan dan akan memastikan negara terus membangun, lebih maju dan berjaya.
Beliau berkata manifesto itu meliputi setiap pelosok tanah air, dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak dan tiada kawasan yang ditinggalkan.
"Setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, kaum, kepercayaan, taraf pendidikan atau latar belakang, tiada sesiapapun yang akan terlepas pandang," katanya mengenai manifesto BN yang yang dilancarkan malam ini.
Beliau berkata manifesto itu bukan sahaja menawarkan kesinambungan semua pencapaian Malaysia, tetapi juga untuk menjadikan negara lebih hebat dan berjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#blog
#MalaysiaMemilih
#Manifesto
#Najib Razak
#rakyat
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan