Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyamakan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan seperti memberikan rakyat 'cawan beracun' untuk minuman, serta bagaikan meraih untung dalam jangka pendek tetapi menanggung derita dalam jangka panjang.
"Seperti ungkapan di Amerika, tiada benda seperti makan tengah hari percuma. Siapa saja, dan di mana saja kena membayarnya. Dan manifesto Pakatan Harapan bermakna generasi akan datang harus menanggung akibat daripada kesilapan yang dilakukan generasi sekarang," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam catatan di blog, sskeruak.blogsport.my.
Mengenai janji pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika mereka memegang tampuk kepimpinan dan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau berkata tidak ada penjelasan mengenai berapa banyak pendapatan yang akan mereka peroleh untuk menggantikan kehilangan RM40 bilion jika GST dihapuskan.
"Di manakah pendapatan alternatif yang diperlukan untuk membayar barang dan perkhidmatan serta membangunkan negara? Berapakah hasil yang disumbangkan oleh SST?
Menghapuskan GST bukanlah isu. Isunya ialah tiada penjelasan mengenai SST, yang biasanya lebih tinggi daripada GST," katanya.
Mengenai janji pembangkang untuk memperkenalkan semula subsidi petrol, Salleh berkata: "Dari satu segi Pakatan Harapan menentang subsidi, manakala daripada aspek lain mereka mahu subsidi bagi petrol. Kebanyakan ahli ekonomi tidak bersetuju pemberian subsidi bagi petrol".
Menteri itu berkata manifesto itu hanya semata-mata bertujuan memancing undi.
"Sama seperti janji mereka pada 2008 apabila mahu menghapuskan tol lebuh raya tetapi selepas 10 tahun memerintah, masih tidak menghapuskan caj tol bagi lebuh raya di Selangor.
"Menghapuskan caj tol bagi lebuh raya bermakna kerajaan Selangor perlu membayar pampasan berbilion ringgit kepada pemegang konsesi setiap tahun, dan dari segi ekonomi ini adalah mustahil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 10 2018
SALLEH: Manifesto Pakatan Harapan bermakna generasi akan datang harus menanggung akibat daripada kesilapan yang dilakukan generasi sekarang. - Gambar fail/Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Manifesto PH seperti memberi 'cawan beracun' kepada rakyat - Salleh
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyamakan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan seperti memberikan rakyat 'cawan beracun' untuk minuman, serta bagaikan meraih untung dalam jangka pendek tetapi mena