awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manipulasi pelepasan diesel: Pengakuan dijangka direkodkan daripada bekas ketua Audi

Bernama
Bernama
16/05/2023
11:21 MYT
Manipulasi pelepasan diesel: Pengakuan dijangka direkodkan daripada bekas ketua Audi
Stadler dijangka membuat pengakuan pada Selasa membabitkan pelepasan diesel yang dimanipulasi, yang telah berjalan selama dua setengah tahun. -Reuters
MUNICH: Bekas ketua eksekutif Audi, Rupert Stadler dijangka membuat pengakuan pada Selasa membabitkan pelepasan diesel yang dimanipulasi, yang telah berjalan selama dua setengah tahun, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pengurus itu yang juga ahli lembaga kumpulan VW berkata pada awal Mei bahawa dia akan membuat pengakuan itu.
Mahkamah Wilayah Munich menjanjikan hukuman lebih ringan kepadanya jika membuat pengakuan bersalah secara menyeluruh dan membayar denda EUR1.1 juta (US$1.2 juta).
Pejabat pendakwa raya bersetuju dengan rundingan pengakuan itu.
Dakwaan itu dikaitkan dengan lebih 430,000 kereta VW, Audi dan Porsche yang dipasang dengan 'peranti' untuk menipu ujian pengeluaran badan pengatur.
Kereta dengan enjin diesel telah dimanipulasi oleh sistem automatik sehingga mematuhi had pelepasan ekzos ketika ujian, tetapi tidak di jalan raya.
Stadler tidak dituduh bertanggungjawab memanipulasi kereta. Bagaimanapun, mengikut dakwaan, beliau membenarkan penjualan kenderaan terbabit berterusan hingga awal 2018.
Bekas ketua pembangunan enjin Audi, Wolfgang Hatz, dan dua jurutera kanannya mengaku membantu mereka bentuk perisian enjin terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rupert Stadler
#Audi
#VW
#pelepasan diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan