Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi 33 skim perkhidmatan bukan kerana skim perkhidmatan terbabit tidak penting tetapi ia tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Suhaime Mahbar menjelaskan, BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu yang bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.
"Kritikal bukan bermaksud tugas itu sukar, tetapi kepakaran itu sukar untuk diperolehi.
"Contohnya, dahulu tidak ramai graduan perubatan, jadi elaun ini diwujudkan untuk menarik mereka berkhidmat dengan kerajaan. Tetapi ketika ini permohonan untuk menjadi pegawai perubatan berjumlah 24,756, melebihi keperluan perjawatan iaitu 15,268," katanya kepada Bernama.
Selain bidang perubatan, Suhaime berkata skim perkhidmatan seperti arkitek, pegawai laut, jurutera dan juruterbang juga tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK kerana bilangan yang memohon jauh lebih tinggi daripada keperluan semasa jawatan.
Suhaime menjelaskan pemansuhan sesuatu elaun bukanlah satu perkara baharu, sebaliknya kajian setiap lima tahun dilakukan bagi menentukan ia mengikuti keperluan semasa.
BACA: Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
BACA: Pemansuhan BIPK hanya libatkan lantikan baharu tahun depan
Menurutnya, sebanyak 27 jenis elaun telah dimansuh, digabung atau dijenamakan semula sejak 1992 kerana tidak mengikuti prinsip dan kriteria pemberian.
Antaranya Elaun Berkelakuan Baik, Elaun Bisa Ular, Elaun Khas Jurutrengkas, Elaun Keretapi Mel, Elaun Bukit dan Elaun Galakan Akauntan, katanya.
"Kerajaan sentiasa akan menimbangkan permohonan dan membuat kajian semakan elaun keseluruhan perkhidmatan awam berdasarkan prinsip-prinsip tertentu," katanya.
BACA: Syed Saddiq pulangkan elaun, protes pekeliling JPA
BACA: MBM bantah pemansuhan elaun kritikal doktor, petugas kesihatan
Beliau memberikan contoh pada era Revolusi Industri 4.0, mungkin wujud skim perkhidmatan penganalisis data raya dan mungkin perlu diwujudkan semula BIPK bagi menarik pakar dalam bidang itu berkhidmat dengan kerajaan.
Mengulas mengenai pandangan bahawa pegawai perubatan sepatutnya terus menerima elaun itu atas faktor tugas yang sukar, Suhaime berkata ramai yang tidak mengetahui sebenarnya mereka layak untuk menerima 22 lagi elaun dan kemudahan lain berdasarkan tugasan yang dijalankan.
Antaranya Elaun Pentadbiran Hospital, Elaun Tugas Atas Panggilan Bagi Pegawai Perubatan, Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan, Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah serta Bayaran Insentif Pakar, kata beliau.
"Apa yang perlu difahami ialah elaun-elaun yang diberikan tidak bersifat kekal dan boleh ditarik balik mengikut keadaan semasa, tetapi ramai yang menganggap ia sebagai hak mutlak mereka," kata Suhaime.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019

Suhaime ketika ditemu bual wartawan Bernama berkenaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya, 26 Dis, 2019. --fotoBERNAMA

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Demi kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan komen lagi
Enggan isu itu berlarutan sehingga mengganggu kesihatan mental isteri dan anak-anak, beliau memutuskan untuk tidak mahu lagi memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dikekalkan
Perkara itu dilihat masih dalam keadaan sementara dan akan menimbulkan konflik pada masa akan datang.

Rina sokong cadangan elaun ahli politik, menteri dipotong
Beliau berkata elaun menteri tersebut memang telah dipotong sejak tahun lepas, malah ada dibangkitkan sekiranya untuk mengembalikan semula, namun keputusan dibuat supaya elaun itu terus dipotong.

Persatuan perubatan sambut baik penangguhan pemansuhan BIPK
Ribuan doktor muda, pegawai pergigian, ahli farmasi, pembantu pegawai perubatan dan jururawat yang akan berkhidmat di kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan akan terjejas.

Pemansuhan BIPK: Kalau perlu potong elaun menteri, tak ada masalah - Azmin
Mohamed Azmin senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengeluarkan kenyataan untuk memotong elaun ahli politik berbanding elaun BIPK.

Mansuh BIPK kerana tidak lagi tepati kriteria tertentu pemberian elaun
BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu yang bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.

Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.

Pemansuhan BIPK beri impak pada golongan muda - Cuepacs Sarawak
Kelompongan jawatan perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di Sarawak mungkin akan berlaku.

Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal hanya libatkan lantikan baharu tahun depan
Penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada.