KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyeru kerajaan menggunakan tempoh 10 tahun ini untuk melaksanakan beberapa pembaharuan yang diperlukan pesawah negara ini.
Felo Kanan IDEAS, Prof Datin Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.
"Tanpa kefahaman dan persediaan yang diperlukan, liberalisasi peranan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang telah berakar umbi dalam sektor ini akan membawa kepada akibat yang tidak disengajakan, seperti pasaran yang tidak berdaya saing dan tidak cekap.
"Kertas laporan ini menyeru kepada sokongan institusi yang lebih hebat untuk meningkatkan kapasiti pesawah dan menjana lebih banyak peluang agroperniagaan agar dapat menuai manfaat penuh sebuah pasaran ekonomi yang dinamik," katanya.
Beliau sebelum itu membentangkan Kertas Polisi IDEAS bertajuk 'Paddy and Rice Sector Policy Roadmap: Towards Equity and Sustainability' pada Khamis.
Fatimah yang juga Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata tindakan secara kolektif diperlukan untuk memudahkan usaha-usaha keusahawanan pesawah.
"Peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meningkatkan produktiviti melalui teknologi dan teknik canggih harus disegerakan.
"Cadangan institusi lain yang dikemukakan oleh kertas laporan ini ialah menubuhkan satu Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) baharu yang merangkumi satu pendekatan sistem dan proses perundingan bersama pemegang taruh untuk memuktamadkan pelbagai dasar dan strategi," katanya.
Justeru, beliau berharap permasalahan yang berlaku berdekad lamanya dalam industri beras diubah kepada sesuatu yang lebih baik dengan memperkenalkan beberapa elemen pemansuhan kawal selia untuk memacu daya saing, pertumbuhan, keterangkuman dan kelestarian.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 26 2021

Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan. - Foto Fail / BERNAMA
Hentikan tunggang sentimen kaum dan agama- R.Rmanan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India.

Pegawai SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy berhubung rasuah, salah guna dana
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabat Sapura Energy Bhd (SEB) di Menara PNB, di Jalan Tun Razak hari ini berhubung dua siasatan melibatkan syarikat tersebut.

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.