awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mansuhkan fungsi Pendakwa Raya daripada Peguam Negara

Bernama
Bernama
13/05/2018
22:55 MYT
Mansuhkan fungsi Pendakwa Raya daripada Peguam Negara
George berkata, buat masa ini, Peguam Negara yang baharu, dengan memiliki kelayakan dan keupayaan, perlu dilantik tanpa berlengah lagi. - Gambar fail
Badan Peguam Malaysia mencadangkan kepada kerajaan baharu untuk memansuhkan fungsi pendakwa raya daripada Peguam Negara kerana ia merupakan langkah yang perlu untuk mengukuhkan kebebasan pendakwa raya.
Presidennya George Varughese berkata adalah penting untuk memisahkan pejabat Peguam Negara daripada pejabat Pendakwa Raya, supaya Peguam Negara hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan, dan Ketua Pendakwa Raya yang berasingan membuat keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan pendakwaan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata ia akan memupuk keyakinan orang ramai terhadap pejabat Ketua Pendakwa Raya dan prospek untuk dilihat sebagai berat sebelah akan lenyap.
Pada masa ini, Peguam Negara Malaysia mempunyai dua peranan berasingan dan berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Beliau adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan, dan beliau juga adalah pendakwa raya.
Sebagai Pendakwa Raya, Peguam Negara dikehendaki bertindak secara bebas dan tidak berat sebelah, dan bertindak sebagai penjaga kepentingan awam, tanpa dipengaruhi oleh pertimbangan politik.
"Oleh itu, beliau mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang bercanggah dengan kepentingan yang tidak dapat dielakkan dari semasa ke semasa, apabila kepentingan anak guamnya, kerajaan, mungkin tidak sepenuhnya bersesuaian dengan kepentingan awam.
"Pengalaman yang lalu menunjukkan, situasi seperti itu akan timbul jarang-jarang sekali, seperti apabila disyorkan bahawa seseorang pegawai awam atau ahli politik boleh didakwa atas kesalahan yang dikatakan dilakukan," kata beliau.
BACA: 'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M
BACA: Agensi dan individu terlibat dalam skandal 1MDB akan disiasat - Tun Mahathir
George berkata, buat masa ini, Peguam Negara yang baharu, dengan memiliki kelayakan dan keupayaan, perlu dilantik tanpa berlengah lagi.
Beliau berkata, ini adalah penting kerana Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam (Sabtu) mengumumkan bahawa buat masa sekarang, negara tidak mempunyai Peguam Negara dan nama-nama sedang dipertimbangkan untuk menentukan kesesuaian calon.
"Bagaimanapun, tidak jelas sama ada perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah ditamatkan, atau sama ada beliau telah mengambil cuti berikutan dakwaan serius bahawa beliau menyembunyikan bukti salah laku.
"Dalam kedua-dua senario, kedaulatan undang-undang menuntut proses sewajarnya dipatuhi dan dituruti kepada bekas Peguam Negara," kata beliau.
Beliau berkata, untuk pembaharuan undang-undang dilaksanakan sebagai perkara keutamaan dan bebas dari belenggau dekad yang lalu, bangsa, agama atau jantina tidak boleh dan tidak harus membentuk mana-mana ciri kriteria apabila hendak melantik Peguam Negara yang baharu.
"Peguam Negara yang baharu haruslah peguam yang mengamalkan profesion itu dan bukan ahli politik-peguam, yang tidak terlibat dalam politik partisan, dilihat dan diterima secara meluas sebagai bebas dan dapat melaksanakan pembaharuan undang-undang kerajaan baharu secara adil dan tidak berat sebelah," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badan peguam
#berat sebelah
#calon
#George Varughese
#kebebasan
#kedaulatan undang-undang
#kerajaan
#keyakinan
#Mahathir Mohamad
#Mohamed Apandi Ali
#Peguam Negara
#pembaharuan undang-undang
#pemisahan
#pendakwa raya
#Peranan
#politik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan