awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mapim, NGO dari 50 negara kerjasama bantu bina semula Palestin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
16/02/2024
00:45 MYT
Mapim, NGO dari 50 negara kerjasama bantu bina semula Palestin
Menurut Mohd Azmi, sehingga kini Mapim sudah berbincang dengan NGO dari 26 negara bagi tujuan pembinaan semula Palestin.
KOTA BHARU: Majlis Rundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kini dalam usaha bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekurang-kurang dari 50 negara bagi membina semula Palestin yang kini musnah sama sekali akibat serangan Israel.
Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sehingga kini Mapim sudah berbincang dengan NGO dari 26 negara bagi tujuan itu.
“Yang telah kita lakukan baru-baru ini ialah pembinaan semula Gaza… kita laksanakan seminar (sudah) ada 26 negara yang menyertai bersetuju untuk menggerakkan bantuan terhadap Gaza.
“Dari situ kita lancarkan membina semula Gaza (dengan) hampir 50 organisasi (termasuk dari Malaysia dan Turki) bersetuju (salurkan) keperluan asas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama NGO, di sini, pada Khamis.
Menurut Mohd Azmi, pembinaan semula Palestin memerlukan anggaran kira-kira AS$50 bilion dengan proses pembersihan sisa runtuhan bangunan dijangka mengambil masa setahun.
Walaupun warga Palestin masih diserang dan perang belum berakhir, namun, Mapim mengambil langkah awal untuk membantu warga Palestin membangunkan semula negara itu yang musnah sama sekali.
Katanya antara perkara utama yang dibincangkan secara bersama ialah soal kesihatan pendidikan, perumahan, infrastruktur awan dan keperluan asas.
Mohd Azmi turut memaklumkan, pelarian Palestin juga dalam fasa keperluan yang mendesak akibat serangan selama 150 hari itu.
Setakat ini, Mapim, jelas beliau, sudah menghantar keperluan termasuk makanan bernilai RM15 juta kepada mangsa peperangan dan sebahagian daripadanya dimaklumkan sudah diterima.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#MAPIM
#NGO
#bina semula Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan