MALAYSIA
MAPIM sasar flotila 1,000 kapal ke Gaza, bukti solidariti Malaysia

Mohd Azmi berkata, pertemuan utama bagi menyelaras misi flotila tersebut akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos ini. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tekad berusaha menghantar 1,000 kapal ke Gaza sebagai tanda solidariti Malaysia dalam untuk mematahkan kepungan Israel ke atas Gaza.
Ringkasan AI
- MAPIM berhasrat menghantar 1,000 kapal ke Gaza sebagai solidariti Malaysia untuk menentang kepungan Israel, dengan pertemuan penyelarasan antarabangsa dijadualkan pada 8 dan 9 Ogos.
- Misi flotila bakal disertai NGO dari Asia Barat, Eropah, ASEAN dan Amerika Latin, sebagai usaha bersama atas nama kemanusiaan untuk menyampaikan mesej global.
- MAPIM rancang bertemu Perdana Menteri bagi sokongan rasmi kerajaan, bagi menjamin kelancaran misi dan penyampaian mesej kemanusiaan Malaysia kepada dunia.
"Itulah yang kita lakukan sekarang. Dan selepas ini akan ada lagi banyak pertemuan terutama pembentangan pelaksaaan itu. Tetapi pertemuan yang besar ialah pada 8 dan 9 Ogos di mana peserta antarabangsa akan turun untuk bincang persiapan," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat rangka kerja awal pelaksanaan misi flotila 1,000 kapal ke Gaza yang bakal melibatkan penyertaan NGO tempatan dan antarabangsa.
Tambahnya, antara yang akan terlibat dalam pertemuan tersebut adalah wakil-wakil dari negara-negara Asia Barat, Amerika Latin, Eropah dan juga ASEAN.
“Flotila ini adalah bukti bahawa Malaysia mahu pergi kepada tingkat yang lebih tinggi – kita bertindak. Membawa kapal dan berdepan secara langsung dengan tentera Israel adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan secara besar-besaran.
“Cadangan 1,000 kapal ini adalah mesej luar biasa. Ia diketuai oleh rakyat Malaysia, NGO Malaysia, dan ini harus menjadi kebanggaan serta signal kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa – bahawa atas nama kemanusiaan, kita harus bersatu,” katanya.
Menurutnya, taklimat kepada NGO nasional telah dimulakan sebagai langkah awal, sebelum sesi perbincangan lanjut diadakan mengikut struktur pelaksanaan yang telah digariskan.
Dalam masa yang sama, MAPIM turut merancang untuk mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan nasihat dan sokongan rasmi kerajaan.
Mohd Azmi berkata, penglibatan kerajaan penting bagi memastikan misi ini berjalan lancar dan mesej kemanusiaan dari Malaysia dapat disampaikan secara jelas kepada masyarakat antarabangsa.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami