awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
Jabatan Imigresen tegas banteras amalan 'duit kopi' di pintu masuk negara - KP
Indonesia sambung SAR puluhan mangsa hilang dalam insiden tanah runtuh di Bandung Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, beberapa cedera apabila tentera Israel serang gereja Katolik di Gaza

Bernama
Bernama
17/07/2025
22:20 MYT
2 maut, beberapa cedera apabila  tentera Israel serang gereja Katolik di Gaza
Keadaan di Gereja Holy Family, Gaza City, susulan serangan Israel, 17 Julai 2025. REUTERS
GAZA: Dua terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila tentera Israel menyerang sebuah gereja Katolik di utara Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Saksi berkata, jet pejuang Israel menyasarkan Gereja Katolik Holy Family di kejiranan Zeitoun, Bandaraya Gaza awal pagi Khamis.
Menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza, dua warga emas Palestin terbunuh, manakala beberapa lagi cedera termasuk paderi kariah, Gabriel Romanelli.
Romanelli telah dipindahkan ke Hospital Baptis al-Ahli untuk menerima rawatan akibat kecederaan di kaki, menurut saksi.
Dalam kenyataan media, Patriarkat Latin Baitulmuqaddis mengesahkan serangan itu dan kecederaan yang berlaku, termasuk paderi kariah serta kerosakan yang dialami oleh gereja berkenaan.
Sepanjang serangan berdarah di Semenanjung Gaza, tentera Israel telah mengebom beberapa tempat ibadat, termasuk Gereja Baptis Gaza dan Gereja Ortodoks Greek Saint Porphyrius, gereja tertua di Gaza dan ketiga tertua di dunia.
Gereja Holy Family merupakan satu-satunya gereja Katolik di Gaza yang sejak Oktober 2023 menjadi tempat perlindungan kepada ramai rakyat Palestin beragama Kristian dan Islam yang kehilangan tempat tinggal.
Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Oktober 2023 walaupun menerima desakan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata, dan telah mengorbankan hampir 58,600 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga sedang berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan serangannya ke atas wilayah yang dikepung itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#israel serang gaza
#Gereja Katolik
#gereja diserang
#Gereja Katolik Holy Family
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami