awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS gagalkan cubaan bawa masuk 26,000kg keratan ayam sejuk beku

Bernama
Bernama
18/05/2023
09:08 MYT
MAQIS gagalkan cubaan bawa masuk 26,000kg keratan ayam sejuk beku
Mohd Sukor berkata siasatan awal mendapati keratan ayam sejuk beku itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan. - Gambar fail MAQIS
ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan membawa masuk 26,004 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku bernilai RM234,036 dari negara jiran.
Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam Mohd Sukor Shafie berkata sebuah lori kontena telah ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS Bukit Kayu Hitam pada 8 malam, Ahad lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati keratan ayam sejuk beku itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.
"Terdapat sebanyak 2,167 kotak keratan ayam sejuk beku dalam kontena ini. Kegagalan untuk mengemukakan maklumat tepat atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sukor berkata pihak MAQIS memberikan perhatian serius dalam usaha memastikan tiada tumbuhan ataupun makanan yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit serta bahan cemar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#sejuk beku
#maqis
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan