awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200

Bernama
Bernama
23/08/2021
05:26 MYT
Maqis Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200
Kesemua anak pokok dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut.
JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Johor merampas 59,600 unit anak pokok tanaman hiasan bernilai kira-kira RM119,200, disyaki cuba diseludup dari China selepas menahan sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang di sini, semalam.
Menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini, pemeriksaan rutin pada 4 petang itu mendapati kontena terbabit membawa pelbagai spesies anak pokok termasuk cactus gymnocalycium, spathiphyllum wallisii, caladium, echeveria pinweel, microsorum punctatum, asparagus racemosus, strobilanthes sinuate dan adenium.
"Kesemua anak pokok ini dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
MAQIS Johor turut menasihatkan semua pengimport dan pengeksport untuk sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan, agar kawalan penyakit haiwan dan tumbuhan serta keselamatan makanan di negara ini terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#Johor
#anak pokok
#China
#Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan