PASIR GUDANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menyita daging babi dari bahagian pork belly dengan berat dianggarkan sebanyak 25 tan bernilai RM 400,000 yang diimport dari Sepanyol.
Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata, kemasukkan sebuah kontena yang membawa muatan tersebut dikesan di bay pemeriksaan import Pelabuhan Pasir Gudang, jam 6 petang semalam.
"Hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan, didapati konsainan terbabit tidak mematuhi syarat pengimportan.
"Tiada label yang diletakkan pada setiap bungkusan daging babi tersebut, manakala syarat permit menyatakan setiap daging hendaklah di label pada setiap bungkusan dengan meletakkan nama, alamat, nombor loji dan tarikh penyembelihan.
"Perbuatan ini disyaki menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2), Akta yang sama kerana tidak mematuhi syarat import.
"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Edie Putra, pihaknya telah mengambil keterangan wakil pengimport iaitu agen penghantaran.
"Lelaki berusia 47 tahun itu kemudian dilepaskan setelah keterangan diambil. Siasatan lanjut masih dijalankan.
"Pihak MAQIS sentiasa menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian agar tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro-organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Mar 13 2024
Seorang pegawai penguat kuasa MAQIS Johor melakukan pemeriksaan ke atas kontena yang membawa muatan daging babi di bay pemeriksaan import Pelabuhan Pasir Gudang.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
MAQIS Johor sita 25 tan daging babi dari Sepanyol
Pemeriksaan MAQIS mendapati konsainan pork belly 25 tan bernilai RM400,000 itu tidak mematuhi syarat pengimportan.