awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Pulau Pinang rampas keluaran pertanian bernilai RM75,000

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2019
15:22 MYT
MAQIS Pulau Pinang rampas keluaran pertanian bernilai RM75,000
Zarina (dua kanan) dan pegawai-pegawainya menunjukkan antara barangan yang dirampas, termasuk rumpai laut kering dan rempah ratus seperti kunyit, kas-kas, garam bukit dan getah anggur. Foto ihsan MAQIS
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang baru-baru ini telah mengagalkan cubaan sebuah bot dagang membawa keluar barang pertanian tanpa dokumen yang sah ke Indonesia, di Jeti Perai, Butterworth.
Pengarah MAQIS Negeri, Zarina Ramli berkata, hasil pemeriksaan di atas bot yang dikendalikan empat warga asing itu, pihaknya merampas barangan bernilai RM75,391.20 pada jam 9.30 malam 10 Julai lalu.
"Terdapat barangan keluaran pertanian seperti rumpai laut kering sebanyak 40 paket, minyak bijan (12 botol), kaskatti 2,316.15 kilogram (kg), kunyit (253kg), kaskas (3,094kg), getah anggur (253kg), biji benih sawi (50.4kg), gandum (25.75kg), garam bukit (133.8kg) dan guni kain sebanyak 41 guni ditemui dalam bot itu," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, empat individu yang terlibat itu terdiri daripada seorang tekong dan tiga kru lelaki warga Indonesia.
Susulan itu, pihaknya mengeluarkan kompaun setelah mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya, atas kesalahan mengeksport tanpa dokumen yang sah seperti permit eksport.
Zarina berkata, tindakan mengeksport produk pertanian tanpa permit yang sah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Zarina berkata, pihak MAQIS sentiasa melakukan pemantauan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan pertanian dan ikan yang masuk mahupun keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan .
Ia bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat di negara ini.
Topic Berkaitan
#barang pertanian
#bot dagang
#Butterworth
#eksport
#Indonesia
#Jeti Perai
#Keselamatan makanan
#kompaun
#maqis
#pemantauan
#pemeriksaan
#permit
#pintu masuk negara
#pulau pinang
#rampas
#warga asing
#Zarina Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan