BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 14,400 biji telur awet dari China yang dianggarkan bernilai RM21,600.

Pemeriksaan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di Butterworth pada jam 4.30 petang Isnin lepas mendapati barangan dagangan itu tidak mempunyai permit import sah yang dikeluarkan daripada Maqis.

Menurut kenyataan Maqis, syarikat terbabit cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengisytiharkan  kontena yang membawa masuk 150 kotak telur itu sebagai makanan runcit.

"Perbuatan mengimport telur awet tanpa mengemukakan dokumen permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3).

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," kata kenyataan itu hari ini.