awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan

Bernama
Bernama
26/06/2021
05:45 MYT
MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan
MAQIS akan terus memperketatkan kawalan sempadan serta tidak akan berkompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari negara luar.
SEPANG: Cubaan pengimport membawa masuk 2,636 pokok orkid dari Taiwan bernilai RM150,300 ke negara ini gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) semalam.
Rampasan di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) itu adalah kerana tidak mematuhi syarat import.
Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim berkata kesemua orkid seberat 516 kilogram yang dirampas itu tidak mempunyai nombor permit pada sijil fitosanitasi sebagaimana yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan.
"Barang dagangan itu dipercayai dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dagangan tersebut disiasat di bawah Sekyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"MAQIS akan terus memperketatkan kawalan sempadan serta tidak akan berkompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari negara luar bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#orkid
#Taiwan
#rampas
#zamri hashim
#Selangor
#permit
#sijil fitosanitasi
#lesen
#KLIA
#kargo
#syarat import
#biosekuriti
#negara luar
#tiada kompromi
#sempadan
#memperketat kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan