awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Selangor tahan daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai hampir RM300,000

Bernama
Bernama
28/07/2021
01:42 MYT
MAQIS Selangor tahan daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai hampir RM300,000
MAQIS Selangor sentiasa mengambil serius terhadap isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan serta status halal.
SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai RM296,998.91 di Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, Isnin lepas.
MAQIS Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena berisi muatan 24,987.96 kilogram daging lembu itu ditahan hasil pemeriksaan rutin harian pada 5 petang susulan kegagalan mengemukakan permit import MAQIS yang sah.
"Perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa permit import akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta sama.
"Jika disabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.
MAQIS Selangor menegaskan pihaknya sentiasa mengambil serius terhadap isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan serta status halal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#Selangor
#daging lembu
#sejuk beku
#kontena
#Pelabuhan Klang Barat
#import
#makanan
#kawalan penyakit
#Halal
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan