awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara

Bernama
Bernama
15/01/2025
14:00 MYT
MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Menurut Shamsul Akbar bagi 2024 sahaja, pihak MAQIS telah menyerahkan lebih 91,700 kg hasilan haiwan bernilai hampir RM 836,000 kepada pelbagai agensi serta pihak yang memerlukan. - Gambar FB MAQIS
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.
Ketua Pengarah MAQIS Shamsul Akbar Sulaiman dalam kenyataan berkata keratan ayam bernilai RM42,023 itu untuk dijadikan makanan haiwan di Zoo Negara.
"Bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Kami berharap penyerahan ini dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di zoo," katanya.
Menurut Shamsul Akbar bagi 2024 sahaja, pihak MAQIS telah menyerahkan lebih 91,700 kg hasilan haiwan bernilai hampir RM 836,000 kepada pelbagai agensi serta pihak yang memerlukan.
Beliau turut menegaskan jabatan itu tidak berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#Zoo Negara
#sejuk beku
#isu biosekuriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan