awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan

Bernama
Bernama
26/04/2024
03:24 MYT
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Anjing baka Poodle yang dirampas MAQIS Selangor di Zon Bebas Komersial KLIA Kargo, Selasa lalu. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Selangor menahan dua ekor anjing baka "Poodle" dari China kerana mempunyai identiti nombor mikrocip yang mengelirukan.
Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim dalam kenyataan hari ini berkata anjing itu ditahan Selasa lepas hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa pada 10 pagi di tapak pemeriksaan MAQIS di Zon Bebas Komersial (FCZ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, di sini.
"Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import MAQIS.
"Keperluan pemeriksaan nombor mikrocip yang tepat penting bagi memastikan haiwan yang masuk ke dalam negara sama dengan identiti yang tertera dalam Sijil Kesihatan yang diluluskan dari negara asal," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat yang mengelirukan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mohd Sobri berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diberi perhatian di semua pintu masuk negara untuk memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#China
#KLIA
#anjing baka Poodle
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan