awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua

Bernama
Bernama
05/02/2026
02:30 MYT
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua lelaki itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar daerah itu.
"Kedua-dua suspek direman hari ini bagi membantu siasatan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kepala Batas hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya.
Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pada 1.40 tengah hari selepas mangsa, yang juga seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang respons meskipun pintu rumahnya didapati terbuka manakala pagar jeriji berkunci.
Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#ibu tunggal
#Sungai Dua
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan