Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.
Perkara ini disahkan oleh Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh melalui laman Twitternya.
Mandeep berkata Maria akan didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, pada 3 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Perhimpunan itu yang diadakan pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos lepas ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun.
Lima tuntutan Bersih 4 termasuklah pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.
Pada 28 Ogos lepas, Polis telah mengkategorikan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi berkenaan.
Menurut polis, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
T K Letchumy Tamboo
Fri Oct 30 2015

Maria Chin (gambar) bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos. -Gambar fail

PKPP | Rentas daerah ikut zon di Sabah tidak beri kesan
Kebenaran rentas daerah mengikut zon di Sabah tidak memberikan kesan positif kepada pengusaha bas ekspres di negeri itu. Situasi itu memberi tekanan kepada pengusaha bas ekpres di Sabah yang terkesan sejak pandemik COVID-19. Justeru, mereka menggesa kerajaan negeri membenarkan rentas daerah tanpa mengikut zon seperti yang dilakukan di Semenanjung.

Vaksin COVID-19 | JKVAV sentiasa terima laporan dakwaan potong barisan
Kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, JKVAV sentiasa menerima sebarang laporan sekiranya ada dakwaan potong barisan untuk pengambilan suntikan vaksin. Ia berkata demikian berdasarkan dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba 'memotong barisan' sebagai penerima awal suntikan vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Kerajaan tiada cadangan keluar senarai penerima
Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan senarai penerima vaksin COVID-19 kerana angka yang menanti setakat ini sudah terlalu panjang, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Pencemaran | Jangan lakukan pembakaran terbuka
Penduduk di negeri Kedah termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan masalah jerebu yang dibimbangi meningkatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Malah menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Dr Robert Ling Kui Ee, golongan petani yang selama ini diberi kelonggaran membakar jerami padi mereka selepas menuai padi, tidak lagi dibenarkan berbuat demikian ketika ini.

Status Besut | Usaha jadikan Besut sebuah Perbandaran
Majlis Daerah Besut, MDB sedang berusaha menaikt araf status daerah itu kepada Majlis Perbandaran ketiga di negeri Terengganu selepas Kemaman dan Dungun. Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Mohd Rashdan muda berkata pihaknya akan cuba merealisasikan status itu pada tahun 2025, lima tahun lebih awal dari perancangan asalnya.

COVID-19: Ekonomi Korea Selatan menguncup buat kali pertama sejak 22 tahun
Keadaan ekonomi Korea Selatan mungkin lebih buruk jika tidak disokong eksport teknologinya.

Laporan kebakaran kabel TNB bawah jambatan Pulau Pinang siap
Laporan lengkap kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 yang terbakar minggu lepas telah siap sepenuhnya dan dihantar kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 dilancar di Sabah, Hajiji jadi penerima pertama
Kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan 195 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu.

AWANI Ringkas: Keputusan UMNO | Pendirian Bersatu diputuskan hari ini

Nestle buka stesen transit kuarantin COVID-19
Kos stesen transit itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman itu yang akan memberi tumpuan kepada golongan B40 dan golongan berpendapatan rendah.

Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
Kumpulan penggodam terkenal itu menyifatkan keselamatan siber negara berada di tahap rendah selain berisiko berlakunya kebocoran data.

Perhimpunan Bersih: Mahkamah Rayuan batal tuduhan terhadap Maria Chin
Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan dikenakan terhadap pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang didakwa gagal memberikan notis kepada polis.

Bersih 4: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Maria Chin
Permohonan itu ditolak kerana Maria gagal mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari kepada Ketua Polis Daerah Brickfields.

Pengharaman pakaian kuning dengan perkataan 'Bersih 4' adalah sah - Mahkamah
Keputusan menteri Menteri Dalam Negeri dalam membuat perintah itu tidak mengalami apa-apa yang menyalahi undang-undang, tidak rasional dan ketidaksopanan prosedur.

PDRM, Peguam Negara masih bincang kertas siasatan Dr Mahathir
Polis masih berbincang dengan Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan melibatkan Tun Dr Mahathir Mohammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa Perhimpunan Bersih 4 Ogos.

Terserah kepada polis untuk tahan saya - Tun Mahathir
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menahan beliau.

Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.

Himpunan Bersih telan kos RM2.74 juta, Baju Merah belanja RM4.5 juta - Ahmad Zahid
Sejumlah 191 pegawai dan 2,419 anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi mengawal perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas.

'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali
Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih
Mohamad Sabu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 Sekysen 4 (2) (C) kerana menganjur atau menyertai satu protes jalanan pada perhimpunan Bersih antara 29 hingga 30 Ogos lalu.