awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marina Mahathir dilarang memasuki sebuah universiti awam

Haider Yutim
Haider Yutim
13/01/2015
15:12 MYT
Marina Mahathir dilarang memasuki sebuah universiti awam
Marina memberitahu bahawa ini adalah kali kelima beliau dihalang. - Gambar fail
Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa beliau telah dilarang dari memasuki sebuah universiti awam bagi memenuhi sebuah jemputan untuk menghadiri acara di situ, awal hari ini.
Menurut Marina menerusi akaun Facebooknya, ini merupakan kali kelima beliau dihalang dari memasuki universiti awam.
"Ini dah masuk kali kelima saya 'dilarang' dari memasuki universiti awam. Mungkin saya seorang yang sangat berkuasa," kata Marina di laman Facebooknya.
Beliau telah diberitahu oleh penganjur program bahawa pihak universiti tidak membenarkannya masuk serta pendekatan yang sama turut diambil institusi-institusi pengajian tinggi awam yang lain.
Namun begitu, beliau mengalu-alukan pelajar dari pihak universiti yang membuat larangan terhadapnya itu, untuk duduk berbual dengannya pada bila-bila masa.
Marina dijangka mengadakan ceramah di sebuah kolej swasta esok (Rabu).
Minggu lalu, pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) dilaporkan telah mengeluarkan perintah melarang kakitangan mereka menganjurkan sebarang aktiviti berbau politik di dalam dan luar negara.
Perintah larangann ini dikeluarkan berikutan kejadian pada 28 Oktober yang melibatkan seramai 1,000 pelajar dari merempuh masuk pintu pagar UM untuk memasuki kawasan Dewan Tunku Canselor bagi menyertai perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di premis universiti tersebut.
Pada masa yang sama, Anwar telah dilarang dari memasuki kawasan kampus universiti tersebut.
Susulan itu, Lembaga Tatatertib UM telah mengambil tindakan terhadap lapan pelajarnya yang didakwa telah menganjur dan mengadiri 'perhimpunan haram' pidato '40 Tahun: Dari UM ke Penjara'.
Pada Oktober, profesor undang-undang Dr Azmi Sharom juga telah dilaporkan dihalang dari memasuki premis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor.
Topic Berkaitan
#dilarang
#kampus facebook
#Marina Mahathir
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan