awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Kelantan bantu evakuasi kanak-kanak diserang asma

Bernama
Bernama
03/05/2025
14:26 MYT
Maritim Kelantan bantu evakuasi kanak-kanak diserang asma
Maritim Malaysia Kelantan melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) bagi membawa keluar seorang kanak-kanak lelaki yang diserang asma di Pulau Perhentian, Terengganu, hari ini. - BERNAMA
KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) bagi membawa keluar seorang kanak-kanak lelaki yang diserang asma di Pulau Perhentian, Terengganu, hari ini.
Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada petugas kesihatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada jam 12.15 tengah hari sebelum operasi digerakkan.
Susulan itu, sebuah bot ronda diatur gerak ke lokasi dan membawa pesakit berusia sembilan tahun ke Jeti Penumpang Kuala Besut dalam tempoh kurang satu jam.
"Pesakit kemudian dihantar ke Hospital Besut dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
"Tindakan segera diambil berikutan keadaan mangsa yang semakin lemah dan memerlukan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 3 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Orang ramai turut disaran agar sentiasa peka terhadap tahap kesihatan masing-masing dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#Kelantan
#evakuasi kanak-kanak asma
#medevac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan