awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia capai lebih 1,000 kes tangkapan tahun lepas - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
11/02/2023
09:06 MYT
Maritim Malaysia capai lebih 1,000 kes tangkapan tahun lepas - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama tetamu-tetamu menyaksikan demonstrasi penyelamatan sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke-18 hari ini. - Foto BERNAMA
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui operasi yang telah digerakkan oleh agensi itu sepanjang tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan perairan maritim negara.
"Saya dimaklumkan pada tahun lepas sahaja hampir RM4.8 juta hasil rampasan diperolehi, manakala lebih RM45 juta denda atau kompaun telah dikeluarkan kepada pesalah yang telah ditahan oleh pihak Maritim Malaysia.
"Daripada angka yang direkodkan itu, Maritim Malaysia telah membuktikan ia memiliki kemahiran dan kepakaran setanding agensi penguatkuasaan lain di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang tahun Maritim Malaysia ke-18 di sini hari ini.
Pada sambutan kali ini, Maritim Malaysia turut melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa di perairan Sabah iaitu latihan dalam bentuk operasi daripada sudut memperkasakan dan meningkatkan kompetensi keberadaan aset Maritim Malaysia di laut dan udara dalam strategi membanteras jenayah di perairan negara.
Selain Eksesais Maritim Perkasa, orang ramai yang hadir sambutan itu turut menyaksikan demontrasi Pasukan Khas dan Penyelamat (PTK), pameran daripada agensi kerajaan dan berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.
Sebelas kapal, tiga pesawat udara dan empat bot pengiring keselamatan terlibat dalam acara lintas hormat sambutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#kes tangkapan
#Kementerian Dalam Negeri
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan