awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing

Bernama
Bernama
21/10/2024
14:19 MYT
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing
Menurut Mohamad Shukri, kesemua nelayan bersama bot, hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan ditahan supaya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. - Gambar Maritim Malaysia Negeri Perak
IPOH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan, bersama dua nelayan warga asing, di kedudukan 1.2 batu nautika barat laut Pulau Talang, Lumut, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, bot berkenaan dikesan ketika nelayan terbabit sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan di sekitar perairan negeri Perak.
Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warga Myanmar berusia 50 tahun, bersama seorang kru yang juga warga Myanmar berumur 42 tahun.
"Pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit tidak diusahakan sendiri dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Selain itu, kru bot tersebut juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana tidak diusahakan sendiri dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad Shukri, kesemua nelayan bersama bot, hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan ditahan supaya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Justeru, beliau berkata Maritim Malaysia menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah diwartakan kerajaan dan agensi itu tidak akan berkompromi mengenakan tindakan terhadap pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#Akta Imigresen
#Maritim Malaysia
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan