awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan bot, platform diguna untuk penggambaran di laut, 'influencer' dibebaskan

Bernama
Bernama
04/09/2025
05:30 MYT
Maritim Malaysia tahan bot, platform diguna untuk penggambaran di laut, 'influencer' dibebaskan
Hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta mewah di atasnya, manakala sebuah lagi bot mengiringi aktiviti penundaan berkenaan. - Gambar/ Maritim Malaysia
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot bersama sebuah platform terapung yang digunakan untuk aktiviti penggambaran berhampiran Pulau Bidong, kira-kira 6 petang semalam.

Ringkasan AI
  • Maritim Malaysia menahan dua bot dan sebuah platform terapung yang digunakan untuk penggambaran berhampiran Pulau Bidong kerana beroperasi tanpa lesen sah serta melibatkan risiko keselamatan.
  • Enam kru bot ditahan untuk siasatan manakala enam penumpang termasuk seorang pempengaruh media sosial dibebaskan serta-merta; platform terapung didapati membawa sebuah kereta mewah tanpa peralatan keselamatan.
  • Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Maritim Malaysia menegaskan sokongan terhadap kreativiti anak muda mesti selaras dengan undang-undang demi keselamatan dan kelestarian sektor maritim.

Turut ditahan enam kru bot untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan manakala enam lagi penumpang termasuk seorang pempengaruh media sosial yang berumur antara 21 hingga 32 tahun dibebaskan serta-merta.
Pengarah Maritim Malaysia Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata bot berkenaan ditahan dalam Operasi Iman pada kedudukan 16 batu nautika Barat Laut Kuala Terengganu.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta mewah di atasnya, manakala sebuah lagi bot mengiringi aktiviti penundaan berkenaan.
"Platform yang dibina tanpa peralatan keselamatan dan digunakan di laut boleh menyebabkan risiko keselamatan. Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan nyawa kru, penumpang serta komuniti maritim atau pengguna perairan yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamiludin berkata pemeriksaan juga mendapati bot yang mengiringi aktiviti penundaan berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah.
Kesemua bot, kru dan penumpang katanya telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu kira-kira 2 pagi tadi untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat sah lesen, beroperasi tanpa lesen sah serta melakukan aktiviti penundaan tanpa kebenaran.
"Maritim Malaysia sentiasa menyokong aktiviti pelancongan dan kreativiti anak muda, tetapi mesti dilakukan mengikut peraturan sedia ada bagi menjamin keselamatan nyawa dan kelestarian sektor maritim negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#penggambaran iklan
#bot tunda
#kereta mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan