Susulan daripada kejadian rompakan minyak (fuel siphoning) ke atas sebuah kapal tangki Thailand 'CP 41' di posisi 25 batu nautika Timur Kuantan pada 23 Jun lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengambil beberapa langkah susulan sebagai tindakan pencegahan.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar dalam satu kenyataannya hari ini berkata, "Maritim Malaysia telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membuat siasatan awal dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan kes berkenaan.
Maritim Malaysia juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Thailand iaitu Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Thailand bagi menyusun siasatan".
"Memandangkan ini melibatkan jenayah rentas sempadan, Maritim Malaysia juga bekerjasama dengan penguat kuasa dari negara jiran yang lain seperti Angkatan Laut Armada Barat Indonesia dan Singapore Police Coast Guard (SPCG).
Melalui kerjasama yang sedia terjalin ini, kita dapat berkongsi maklumat dan risikan khususnya bagi mencegah insiden yang sama berulang serta dapat membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.
.
Tambah beliau lagi, "sebagai langkah pencegahan, Maritim Malaysia telah menggerakkan aset serta meningkatkan rondaan menggunakan kapal mahupun pesawat udara di kawasan titik panas. Rondaan ini juga bakal dibantu oleh rakan sekerja dalam negara termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM)".
Indera juga percaya kejadian seumpama ini mampu diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak. Beliau turut menegaskan bahawa pihak perkapalan khususnya perlu mengambil langkah keselamatan yang lebih proaktif dalam menangani kejadian jenayah seperti ini dan berusaha melaporkan sebarang kejadian dengan cepat supaya Maritim Malaysia dapat menggerakkan aset ke lokasi kejadian dengan pantas.
Dalam kes yang melibatkan CP 41 ini, Maritim Malaysia hanya menerima maklumat mengenai kejadian setelah hampir 21 jam insiden berlaku.
Namun dengan pengalaman yang sedia ada dalam menyelesaikan kes seumpamanya di masa yang lalu, Maritim Malaysia yakin akan dapat mengatasi serta menyelesaikan insiden fuel siphoning ini.
Media Statement
Tue Jun 27 2017
Maritim Malaysia juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Thailand iaitu Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Thailand bagi menyusun siasatan". - Sumber foto APMM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat rompakan minyak kapal tangki Thailand
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengambil beberapa langkah susulan sebagai tindakan pencegahan susulan daripada kejadia rompakan minyak atau fuel siphoning.