KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menyiasat insiden 'kapal hantu' yang berisiko mengancam keselamatan setelah hanyut sehingga memasuki perairan negara pada Isnin lalu.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti punca insiden membabitkan kapal Winposh Rampart yang dikatakan terputus tali ketika ditunda menyebabkan ia hanyut sehingga 120 batu nautika dari Kuala Terengganu.
"Kita sedang menyiasat sama ada insiden itu berpunca daripada sebarang kecuaian sehingga mengundang ancaman terhadap keselamatan pelantar-pelantar minyak dalam perairan negara.
"Jika tiada pelanggaran dari segi undang-undang, Winposh Rampart akan diserahkan semula kepada pemiliknya setelah semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, katanya, Winposh Rampart yang ditunda sejak Selasa lalu selamat tiba di Kawasan Berlabuh Kemaman (Kemaman Supply Base) sekitar jam 2 pagi pada Khamis.
Katanya, 'kapal hantu' sepanjang 72 meter dan berat 2,855 tan yang ditunda oleh kapal Icon Lotus milik Petronas itu mengambil masa lebih 40 jam untuk tiba di lokasi berkenaan.
"Maritime Rescue Coordination Center’ (MRCC) Putrajaya bersama Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia berjaya mengendalikan situasi cemas bagi mengelak kapal berkenaan merempuh pelantar-pelantar minyak di perairan negara.
"MRCC Maritim Malaysia turut menyalurkan maklumat berhubung kejadian ini kepada operator-operator pelantar minyak dan gas di sekitar perairan Pantai Timur terutama di perairan Terengganu sebagai peringatan awal serta persediaan menghadapi sebarang kemungkinan buruk," katanya.
Isnin lalu, Winposh Rampart yang dalam perjalanan dari Matak, Indonesia menuju Yang Pu,China dikatakan telah terputus tali ketika ditunda oleh kapal Limin Rosmina di perairan Vietnam sekitar jam 3.15 petang sebelum hanyut memasuki perairan negara.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 06 2022
Winposh Rampart yang dalam perjalanan dari Matak, Indonesia menuju Yang Pu,China dikatakan telah terputus tali ketika ditunda oleh kapal Limin Rosmina milik syarikat perkapalan Indonesia pada Isnin lalu. -Gambar fail/APMM
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Maritim siasat insiden 'kapal hantu' hanyut ke perairan negara
Jika tiada pelanggaran dari segi undang-undang, Winposh Rampart akan diserahkan semula kepada pemiliknya setelah semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi.