Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 yang berpangkalan di Kuala Kedah kerana menceroboh kawasan tangkapan ikan Zon A di sini pada Rabu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata seorang tekong dan empat awak-awak berumur antara 22 dan 64 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari 8 batu nautika dari pantai.
"Mereka sanggup menunda bot dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan berganda di kawasan yang tidak dibenarkan sebelum ditahan kira-kira 2.2 batu nautika dari pantai Kuala Sanglang dalam Ops Patkor Optima 28B/2019 yang dijalankan sekitar perairan Perlis pada kira-kira pukul 1.14 pagi Rabu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas bot itu menemukan hasil tangkapan seberat 200 kilogram ikan campur selain satu gulung pukat tunda serta dua buah kayu tunda, dan menurutnya semua awak-awak, bot dan hasil tangkapan ikan itu dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara, dan orang ramai boleh memaklumkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim di Perlis dengan menelefon MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, 04-9851072 atau 04-9851162.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019
Bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Tawau. - Ihsan Maritim Malaysia
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Maritim tahan bot memukat di kawasan tidak dibenarkan
Seorang tekong dan empat awak-awak berumur antara 22 dan 64 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen.