awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim tahan bot nelayan tempatan dioperasi kru Myanmar

Bernama
Bernama
27/10/2024
12:25 MYT
Maritim tahan bot nelayan tempatan dioperasi kru Myanmar
Anggota penguat kuasa telah terserempak dengan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berada dalam keadaan mencurigakan.
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai menggunakan awak-awak warga Myanmar tanpa dokumen sah hari ini.
Pengarahnya Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata bot itu ditahan pada pukul 11.20 pagi pada kedudukan tujuh batu nautika dari perairan Kemaman ketika pihaknya menjalankan rondaan menerusi Op IMAN.
"Ketika rondaan dilakukan, anggota penguat kuasa telah terserempak dengan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berada dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata empat kru termasuk tekong merupakan warga Myanmmar berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
"Kesemua mereka ditahan manakala bot, peralatan menangkap ikan dan minyak diesel dianggarkan sebanyak 10,000 liter diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Maritim Malaysia
#bot nelayan
#Myanmar
#dokumen sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan